Ni aku lunch kat Pavallion. Nama restaurant tu Pepper Lunch. Ni my first time. Semua food dia serve kat dalam szilling plate.Mula-mula tgk cam pelik..but bila dah try..sedap gak. Tapi harga boleh tahan lah. Aku lupa lak ape nama food yang aku order..sorrylah ye.Kepada sesiapa yang suka makan panas2..boleh lah mai sini. Tempat dia pun selesa.
Lepas memenuhkan perut..kita orang terasa nak test suara lak. huhuhu. Aku gi kat Green Box. Kat sini best ada buffet sekali..so lepas penat nyanyi...makan lah....hahahah. Best gak sesekali gi berkaraoke ni...Hilang kan tension. Ingat orang yang tengah bercouple je ke boleh gi singing2...Aku siap bawak askar daaaa. Mula2 takut gak nak bawak Aiden..takut dia nangis..but alah..redah je..Kat dalam tu kan boleh control voleum so..pandai2 lah...bukan nak buat konsert..kena nyanyi kuat2. So bila masuk..Aiden tengok je..sampai tertidur...tak sedap gak nya suara kita org ni...huhuhu Ashaff pun layan gak..dia nyanyi lagu BEAT IT & LOVE STORY. Yang lain tu dia hentam saja lah labu...
Aku dok terpikir kan kawan aku sebenarnya...kawan yang tak berapa rapat lah...kenal2 cam gitu je. Actually ni about baby dia tau. Baby ...biasalah nangis. Nangis nak peluk lah, tak selesa ke...dok nak susu ke. So, bagi aku tu normal. Cara baby tu communicate iyelah menangis. Kalau boleh cakap...nanti terkejut lak. Berbalik pada citer "kawan" aku tadi tu. Baby dia asyik menangis je...nak dijadikan citer dia bagi nasi kat anak dia yang baru berusia 2 bulan. Boleh? Bak kata hubby aku asal tak bagi sambal belacan ngan ulam sekali. hahahah. Memang lah budak tu makan...baby sumbat ape je semua makan. Malam tu ...anak dia menangis je..tak leh tidur.Aku pun tak paham kenapa boleh sampai bagi nasi. Tapi isteri nya nurse tau. Heran kan. Itulah kisah nya..kalau kita ambik mudah je..Tak nak ambik tahu..atau pun bertanya pada orang2 yang berpengalaman. Itu kes yang pertama
Kes yang kedua. Ada lah hamba Allah ni..dia bagi anak dia minum air kerang. Kerang tu dia rebus..kopek n blend. Dia tapis and air tu dia bagi anak dia minum. Boleh? Aku yang low blood pressure ni pun tak minum air kerang. Dia kata nanti anak dia tambah darah. Entah dari mana tah dia baca aku pun tak tahu. Anak dia kecik lagi tau masa tu. Aku lupa lak nak tanya...sang tukang citer tu. Mesti ada yang tak caya kan..citer ni. Citer ni dicerita kan kepada aku..so terpulang lah. Aku pun tak leh gak nak soal orang yang berciter tu..lebih2..sebab bukan dia yang bagi anak dia air kerang. hahahah
Ada lagi kan zaman moden ni..ibu bapa yang tak alert dengan pekembangan baby. Maksud aku apa yang boleh and tidak untuk baby. Ada jugak yang siap bagi baby makan nestum lagi..mase umur dia 2 month. Aku tercengang dengar. Dia kata anak dia asyik menangis je. Tak nak diam. Agaknya lapar. Ini lah antara cerita-cerita yang selalu aku dengar. Nak buat cam ne....nak cakap salah..tak cakap pun salah. Kalau kita cakap kan..dia kata kita ni memandai je. Dia pun ibu gak..so she know what is the best for baby dia.
Banyak sangat citer2 cam ni aku dengar.....secara terus atau pun dari kawan2. Yang aku tak paham tu..mase pregnant..si mak tu buat apa. Tak kan tak cari maklumat kot. Sekarang ni kat mane2 je ade maklumat about pregnancy. Kalau tak de internet. Gi lah beli buku. Aku tahu buku2 pregnancy ni memang mahal..but ni satu investment. Kalau setakat majalah hiburan yang tak berfaedah tu boleh je beli. Ini kan buku informasi tuk kita dan juga baby. Aku paham kalau ade sesetengah orang mementingkan petua2. But bagi aku..cara2 pemakanan jugak kena lah jaga. Bukan main melantak je. Ini tak..kalau cakap je pregnant...tak pe lah..makan je..nanti kalau tak makan, baby lapar. Pastu gi check ade darah tinggi, kencing manis. Tu semua kena jaga. Kalau pregnant..lagi senang dapat penyakit sebenarnya. Bukan begitu cara nya kalau kita nak baby kita dalam perut tu sihat. Kite kena balance kan our food. Ini tak..selagi tak sendawa..selagi tu tak stop. Sorry lah ye..kalau topik nye tunggang langgang..aku ny blog..suka hati aku lah. huhuhu
Ada sekali ni aku gi Ikea. Anak kakak tu ade 6 orang. Dia sibuk membayar ni. Penuh trolly. Anak dia yang kecik sekali...hingus sampai kat bibir dah. Budak tu tengok je aku. Kesian giler. Yang si abang nya dengan tak de berkasut. Coklat kat baju jangan cakap lah, dah tak nampak dah color baju apa...dah sama dah. Aku dok geleng kepala je. Bukan lah aku nak mengutuk. Tapi kadang2 mak bukan main vouge lagi...tapi anak bukan main selekeh. Tak kisah pun, anak tu pakai apa ke...bersih ke tak. Itu lah one of the reason kenapa aku tak nak anak ramai2. (ambik perhatian ye bi...). Bukan nya melanggar hukum alam...tapi takut aku tergolong dalam golongan yang macam gitu. Sibuk dengan diri sendiri..anak2 terbiar. Kalau ade yang suami kisah..tak pe. Ini yang suami main lepas tanggungjawab je. Semua si isteri yang buat. Cam aku ternampak ni. Dia selamba je keluar kereta...biar kan isteri dia buka kan pintu tuk anak2 dia. Dia ada 2 baby girls. Yang satu tu dah besar lah..may be dalam 4 yrs kot. Yang kecik tu dalam 1yrs+. Wife dia pregnant lagi. Wife dia lah yang dok keluar kan anak2..tarik baby chair..letak kan baby. Dia dah siap duduk dah..cam "KING". Meluat aku tengok. Pastu ada hati lak dok tengok2 aku. Bukan aku perasan tau..but hubby aku yg cakap. Aku cakap nagan hubby aku...tak yah lah kalau setakat laki cam tu...muka dah lah tak hensem..perangai lagi tak cantik. Buat malu je jadi lelaki.
Kadang-kadang orang lelaki ni buat tak kisah je. Anak tu kan sama2 yang punya. Kena lah saling tolong menolong. Jangan lah harap kan si isteri je. Dengan kerja rumah lagi. Kesian tau. Kalau ada maid lain lah citer. Tak kisah lah kalau kau penat dengan kerja.....or wife kau dok umah jaga anak je ke. Tapi ada gak lelaki yang membantu isteri. Yang memahami. Kang marah lak lelaki2 yang diluar sana.
Oh..baru aku teringat..ni kira keluar skit lah dr konsep2 citer kat atas..but still dalam konteks..mengomel.Hari tu aku gi klinik. Aiden nak kena suntik. Mase aku datang..klinik tu penuh. Dalam 15 min lepas tu orang pun semakin kurang. So, ade lah satu family ni melangkah masuk. Dia nya family cam aku gak. Anak dia 2 boys. Tapi dah besar lah. Aku rasa dah sekolah. Nama Aiden pun kena panggil, kebetulan Ashaff nak gi toilet. aku bawak lah dia. So..nurse tu bagi lah orang lain dulu. Then our turn. Nak di pendek kan citer. Dalam aku tengah tunggu nak ambil ubat ni. Tetiba aku pusing je..anak dia yang 2nd tu tengah duduk atas macam mangkuk tau..kat tengah2 klinik tu. Orang semua dah takde ni. Aku macam heran lah kan..anak dia buat apa. Aku tengok lagi..seluar dia dah kebawah dah..t-shirt dia tutup lah..so..tak de lah nampak. Aku tengok mak dia tengah pegang tisu. Aku macam tak terkata. Rupa nya dia BERAK dalam bekas...kat tengah2 klinik tu. BOLEH TAK? Toilet bukan nya jauh sangat ..beberapa kaki je. Pastu kan anak dia dah selesai..dia bawak bekas tu gi toilet...anak dia terkangkang gi toilet..dengan seluar tak pakai lagi. Aku sampai hari ni..dok tak paham. Apa motif dia buang dalam bekas tu. Kalau anak dia cirit biirt pun..gi lah toilet. bukan nya jauh. Pening2.
Ini lah sebahagian ngomel aku petang ni. Bagi sesiapa yang bakal bergelar parents, Congrat n make sure u get all the information about pregnancy n baby. Bagi yang sudah bergelar ibu..kita harus nampak cantik...but anak2 kita mesti nampak hebat...To all the fathers..please understand ur wife...n help lah ur wife sesekali. To mother yang anak dia buang dalam bekas tu...please lah...its disgusting. If nak buat gak..gi lah buat kat tempat yang tersorok skit.
Last saturday...birthday Ashaff. Sekejap je dah masuk 4th years. Aku tak celebrate besar2 pun..setakat belikan cake je. Tapi Ashaff happy giller. Mane tak nye...dari seminggu yang lepas dia dok tanya...mane cake Ashaff?...dah birthday Ashaff ke? Berulang kali...dan berulang kali jugak lah...aku kena remind dia that birthday dia on 18 July... Dah besar and pandai cakap..so banyak benda lah dia dah paham.
Terasa macam baru je semalam aku terasa sakit bersalin tu. Every second aku miss dia sebenarnya. Masa dia kecik..aku tak sabar nak dia besar. Bila dah besar ni...aku miss lak mase dia baby. Nak buat cam ne..first baby..so emosi nya lain skit lah. huhuhu. Aku ngan dia, memang sering gaduh je. Aku suka menyakat dia. hahaha Itu lah guna nya ada anak kan. He is my best friend actually.
To Ashaff..happy birthday..me n your father love u so much. We proud to have u in our life.
Budak tembam ni dah pandai hisap jari. Kalau pakai kan mitten..basah kuyup. Lepas hisap jari..dia sapu air liur kat muka..dah muka bau masam. Dia masuk je 2 mth dah sibuk pusing badan...nak meniarap. Lah ni dah kuat kejap2 meniarap. Sampai kepala pun kena lantai. First time dia terhantuk kat lantai..kuat giler suara dia...melalak. Kesian aku tengok..aku yang sedih..hubby aku relax je.Meniarap sekejap je dah penat...kepala berat daahh..
Ni antara shot2 yang paling favourite.
Dah nak sampai weekend balik dah kan..aku br ade mase nak load gambar ni. huhuhu Macam2 hal lah jadi minggu ni..itu yg tak sempat nak up load gambar tu. Dengan tak de elektrik lah..baby buat perangai lah...letih kemas umah lah...itu tak kira tak de mood ..lagi. Itu lah kehidupan ku....muahhaha..yang penting aku upload jugak walaupun lambat..so layan je lah....
Ni aku dinner kat Ikano. Dah selalu makan kan sini. Food dia memang sedap. Kalau u all baca kat gambar tu cam banyak kan menu yang aku tulis..memang banyak pun food aku order . Tapi tak sempat nak ambik gambar..coz dah kelaparan sangat..hahaha So, kalau nak tau sedap ke tak....atau menepati citarasa u all, gi lah sendiri.
Punye lah lamakan aku gi tengok Transformers..lah ni baru upload picture. Buzy and tak de mood sebenarnye. Ni gi tengok kat IMAX with staff pocket. Yang paling excited Ashaff sebenarnya. Dia tak kisah pun parents dia mase ni. Dia ikut budak2 ni masuk..yg risau aku..Dok tercari-cari dia kat mane. Sebab Transformers....parents dilupakan..ish..ish..ishDia memang suka dr 1st nye movie. At that time dia br 2yrs+, so suka2 gitu lah. Lah ni dah 4yrs ..so memang one of dia nye selection of movie lah. Aiden pun ikut gak. Takut gak aku kalau2 dia meragam dlm cinema tu. Tapi sangkaan ku meleset...hahaha dia selamba je tidur dengan bunyi yang kuat giller tu..sampai citer tu half, baru dia bangun and tengok. Sikit bunyi pun tak de. Aku bagi dia susu..lepas tu dia sambung tidur sampai habis. huhuhu..anak mama lahLepas habis tgk movie..perut pun bernyanyi riang..gi lah makan kat papa john. Ada banyak selection of pizza. Food dia boleh tahan. Nanti boleh datang lagi...huhuhu