Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

June 4, 2010

:: Cukur Jambul ::

- just want to share - from wiki

Cukur jambul merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia 40 hari selepas kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum lepas pantang atau belum sihat. Sesetengah tempat memangil adat Melayu ini sebagai:

Antara acara semasa majlis cukur jambul ialah :

  • Menyembelih kambing atau lembu Aqiqah. Daging dimasak dan dimakan bersama-sama dalam kenduri tersebut. Ayam tidak boleh dijadikan aqiqah.
  • Bacaan Barzanji atau Marhaban: satu bacaan salasilah dan pujian terhadap Nabi Muhamad.
  • Meletakkan bayi di dalam buaian yang dihias indah. Di bawah buaian diletakkan pisau corek dan kemenyan berasap. Tali buaian akan ditarik oleh kanak-kanak.
  • Bayi didukung dan diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang membaca Barzanji di ruang anjung rumah .
  • Beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam, ketua kampung dan bomoh akan merestui dan mengusap jambul atau kepala bayi tersebut.

Beberapa bahan semasa majlis cukur jambul ialah:

  • Sedulang bunga rampai;
  • Sebiji kelapa muda berwarna kuning: kelapa tersebut dibelah dan airnya jangan dikeluarkan;
  • Beberapa helai daun tertentu, termasuklah daun sirih alat perenjis;
  • Beras berwarna kuning (telah dilumur dengan kunyit);
  • Beras putih;
  • Air wangi (jika ada, sebagai pembaharuan);
  • Bunga telur: untuk diberi kepada setiap tetamu. Biasanya tetamu lelaki diberi keutamaan.
Tazkirah
click here for more Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunnah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik. Amalan tahnik ialah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botaksupaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

June 3, 2010

:: Planst vs Zombie ::

hehehe......addicted to this game....
mula2....hubby yg main...dlm hati..ape bende lah yang dia main ni kan. Pastu Ashaff pun layan gak. Lah ni ade kat lappy me...hahaha... so layan lah jugak. sebab itu lah tak layan benda lain...hehehe
sangat best. ada banyk level and different2 type. ada bnyk zombies....wawahahaa
yang ni day and at your garden....mission zombie itu adalah makan otak yang kat dalam rumah tu. its your house. so u kena protect ur house. this at ur backyard.....ade pool...itu yg payah skit tu... ni kat roof .... every time its get tough and tougher.... ni at night...with grave lagi. hehehe sapa2 yang suka main game..mesti love this one..... click here all pic from google xoxo

May 25, 2010

:: Taugeh ::

- receive this email from my friend Puan Aiza. Tq dear for the info. Share it here.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dah wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin ( canavanine ), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang , serta mencegah kerapuhan tulang ( osteoporosis ) Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda . Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser . Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya . Jadi apalagi,jom lah makan taugeh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...