January 18, 2009

MOF Japanese Sweets & Coffee @ Pavillion

Dessert time....yumm yumm....
Peach Sundae Rm 15.00 Mango IMO Rm12.00 Shiratama Kurian Rm13.00 Tuna Wasabi Sandwich Rm6.50

January 13, 2009

Kata Hati

Menjalani kehidupan ni, satu AMAL. Setiap dari kita membuat amal dengan sendiri nya. Secara sedar atau tidak. Amal...Terlalu subjektif untuk dibicara kan. Ia bukan lah hanya sedekah setakat rm0.50 pada peminta sedekah yang baru kita terserempak tadi. Bukan sekadar masukkan duit di tabung masjid tempat kita selesai menunaikan solat. Tidak juga sekadar menolong orang tua atau orang buta seberang jalan. Ada orang melakukan dengan rasa ikhlas dan rendah diri. Tapi adakah dengan memberi rm0.50 tu membuat kan kita rendah diri? Membuat kan kita rasa kesian dengan penderitaannya? Adakah membuat kan kita sedar...esok aku mesti bekerja dengan lebih kuat lagi..supaya aku tidak menggantikan dia suatu hari nanti? Bagi aku itu tidak mencukupi.
AMAL ada dalam bermacam-macam cara....mungkin itu adalah salah satu dari nya. Tapi bagi aku menjalani hidup dengan penuh tanggungjawab adalah amal yang patut kita semua lalui. Tak kira lah siapa kita. Suami, isteri, anak-anak, pekerja swasta atau kerajaan.... peminta sedekah atau pun sesiapa saja. Kerana kita harus sedar apa yang boleh kita sumbangkan bukan hanya pada orang lain..tapi diri sendiri. Bertanggungjawab pada diri sendiri...bukankah itu satu amal yang mulia? Kita menerima setiap risiko di atas segala perbuatan dan keputusan kita. Belajar menerima siapa diri ini. Bagaimana pula bagi mereka yang sudah berumahtangga? Adakah dengan menikahi gadis atau pemuda pujaan hati itu sudah mencukupi? Menunaikan janji itu sudah cukup? Bagaimana pula tanggungjawab selepas itu? Bukan hanya dari segi kewangan...bukan hanya dari segi nafsu...tapi segala-galanya. Menjaga perasaan atau memahami bagaimana perasaan pasangan kita. Tapi hidup ini berbeza....cara kehidupan atau cara kita menyelesaikan sesuatu itu cukup berbeza. Itu yang membezakan kita dengan yang lain. Bukan sekadar memahami...tapi melakukan dengan rasa tanggungjawab. Mungkin kadang-kadang, kita rasa ingin berseorangan...mungkin ingin merasa maksud bebas itu....walaupun sekejap. Tapi menerima keadaan itu adalah lebih baik dari membuatkan pasangan kita menderita. Aku tahu ada sesetengah insan yang merasa begitu. Kita sering tersenyum..hanya untuk melihat wajah pasangan kita ceria. Kita selalu ketawa...tatkala air mata semakin dekat...kita sering mengiyakan....tatkala hati berkata tidak. Bukan bermaksud untuk menipu...tapi itu adalah kita. Menerima seadanya. Memberi dengan segala rasa hati. Terseksa adalah salah satu kata di dalam kamus hidup. Bukan terseksa oleh orang lain..tapi terseksa oleh angkara sendiri. Kenapa? Kerana kita hanya ingin membuat amal pada pasangan kita. Ingin diri disayangi. Dimanja. Dibelai. tapi tidak untuk difahami.
Itu lah amal yang aku maksud kan. Amal kepada pasangan kita. Kadang-kadang kita terlupa pada diri sendiri. Terlalu taksub dengan kebahagiaan orang lain.
Ini hanya lah pandangan aku, isi hati aku. Kata-kata hati aku. Pendapat aku. Pendapat tidak semestimya sama. Jika ada orang yang tidak setuju, atau merasa aku sedikit menyimpang dari yang sepatutnya....itu terpulang. Tapi ini hanya lah kata-kata dari insan bernama wanita.

Dinner @ Seri Penang

Barley with Lemon Ice & Penang Tea Tarik
DeepFried Cucur Udang Sepi Penang Combination "Appertizer"
Nyonya Nasi Kuning
BBQ Lamb Cuttlet Fish & Chips "Kids Meal" Penang Gurney Rojak Buah
Dinner kat mane lagi kan kalau tak kat Seri Penang. Best lah food dia. Kali ni aku order yang ringan2 food je..so boleh lah try macam-macam. Dia punya cucur udang..best sngt, garing. Tak lah macam biasa yg kita makan tu...bulat and kat tengah ada udang...yang ni lain sikit.. Rojak buah pun sedap..Kuah pekat.....My favourite... Lamb dia pun tak keras dan tak berbau...sedap. Oh ye..pada penggemar teh tarik...you should try teh tarik kat sini ...sedap and pekat...Bila dah habis makan...time bayar lah kan. Selalu nya aku ngan hubby aku akan bet brp harga semua....aku cakap dlm 120.00 but hubby aku dlm 100+.... Rupa2 nya RM91.20 je....Murah kan...Dan yang penting sedap n kenyang. So, pada sesiapa yang belum try lagi...pergi lah....mesti puas hati punya... Selamat mencuba..!!
Address : Seri Penang @ Mutiara Sdn Bhd, G2,GF Ikano Power Centre, Mutiara Damansara.

January 4, 2009

Inside Me

Pregnant merupakan perkara yang paling dinantikan oleh semua ibu-ibu....tak terkecuali aku. Mase aku tau je aku pregnant...bukan main seronok lagi..walaupun dah kali kedua. Teruja...takut pun ade ..ialah aku takut kalau aku tak blh membahagikan kasih sayang....n tak boleh nak handle. Bukan senang nak menjaga anak-anak ni...melahir kan tu senang lah kot.... so macam biasalah..setiap bulan kena gi checkup..nak tgk perkembangan baby. Alhamdulilah..semua nye sihat....baby dalam kandungan aku pun membesar dengan baik walaupun pada mulanya aku mengalami mabuk yang agak2 lah kan. Kali ni aku punya berat bertambah sampai 15 kg...kurang 1 kilo compare to Ashaff dulu. But tak kisah lah....yang penting aku n baby ok. Tapi aku tak de lah melantak sakan...makan still kena jaga....pregant ni bukan lesen tuk makan semuanya...Kalau makan banyak2 pun bukan nya baik tuk baby...takut memudaratkan..yang penting sederhana.

January 2, 2009

Dinner @ Jake's Charbroil Steaks, Damansara

Mushroom Soup Mexican Nachos Chicken with Mushroom Sirloin Black Paper
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...