January 13, 2009

Kata Hati

Menjalani kehidupan ni, satu AMAL. Setiap dari kita membuat amal dengan sendiri nya. Secara sedar atau tidak. Amal...Terlalu subjektif untuk dibicara kan. Ia bukan lah hanya sedekah setakat rm0.50 pada peminta sedekah yang baru kita terserempak tadi. Bukan sekadar masukkan duit di tabung masjid tempat kita selesai menunaikan solat. Tidak juga sekadar menolong orang tua atau orang buta seberang jalan. Ada orang melakukan dengan rasa ikhlas dan rendah diri. Tapi adakah dengan memberi rm0.50 tu membuat kan kita rendah diri? Membuat kan kita rasa kesian dengan penderitaannya? Adakah membuat kan kita sedar...esok aku mesti bekerja dengan lebih kuat lagi..supaya aku tidak menggantikan dia suatu hari nanti? Bagi aku itu tidak mencukupi.
AMAL ada dalam bermacam-macam cara....mungkin itu adalah salah satu dari nya. Tapi bagi aku menjalani hidup dengan penuh tanggungjawab adalah amal yang patut kita semua lalui. Tak kira lah siapa kita. Suami, isteri, anak-anak, pekerja swasta atau kerajaan.... peminta sedekah atau pun sesiapa saja. Kerana kita harus sedar apa yang boleh kita sumbangkan bukan hanya pada orang lain..tapi diri sendiri. Bertanggungjawab pada diri sendiri...bukankah itu satu amal yang mulia? Kita menerima setiap risiko di atas segala perbuatan dan keputusan kita. Belajar menerima siapa diri ini. Bagaimana pula bagi mereka yang sudah berumahtangga? Adakah dengan menikahi gadis atau pemuda pujaan hati itu sudah mencukupi? Menunaikan janji itu sudah cukup? Bagaimana pula tanggungjawab selepas itu? Bukan hanya dari segi kewangan...bukan hanya dari segi nafsu...tapi segala-galanya. Menjaga perasaan atau memahami bagaimana perasaan pasangan kita. Tapi hidup ini berbeza....cara kehidupan atau cara kita menyelesaikan sesuatu itu cukup berbeza. Itu yang membezakan kita dengan yang lain. Bukan sekadar memahami...tapi melakukan dengan rasa tanggungjawab. Mungkin kadang-kadang, kita rasa ingin berseorangan...mungkin ingin merasa maksud bebas itu....walaupun sekejap. Tapi menerima keadaan itu adalah lebih baik dari membuatkan pasangan kita menderita. Aku tahu ada sesetengah insan yang merasa begitu. Kita sering tersenyum..hanya untuk melihat wajah pasangan kita ceria. Kita selalu ketawa...tatkala air mata semakin dekat...kita sering mengiyakan....tatkala hati berkata tidak. Bukan bermaksud untuk menipu...tapi itu adalah kita. Menerima seadanya. Memberi dengan segala rasa hati. Terseksa adalah salah satu kata di dalam kamus hidup. Bukan terseksa oleh orang lain..tapi terseksa oleh angkara sendiri. Kenapa? Kerana kita hanya ingin membuat amal pada pasangan kita. Ingin diri disayangi. Dimanja. Dibelai. tapi tidak untuk difahami.
Itu lah amal yang aku maksud kan. Amal kepada pasangan kita. Kadang-kadang kita terlupa pada diri sendiri. Terlalu taksub dengan kebahagiaan orang lain.
Ini hanya lah pandangan aku, isi hati aku. Kata-kata hati aku. Pendapat aku. Pendapat tidak semestimya sama. Jika ada orang yang tidak setuju, atau merasa aku sedikit menyimpang dari yang sepatutnya....itu terpulang. Tapi ini hanya lah kata-kata dari insan bernama wanita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...