Kepada sesiapa yang berminat nak rasa Chinese food, boleh lah pergi Cheng Ho. Harga nya pun boleh tahan. Service n food , both ok. So no regret. Tak lah susah nak cari restorant ni. Belakang Carefour Wangsa Maju. Ada Banyak Shop lot baru. Dia diapit oleh restorant Kerisik dan Kopitiam. Suasana kedai selesa. Kedengaran lagu2 English lama. Kelihatan poster2 hitam putih di dinding. Meja bulat yang hanya di baluti kain merah. Pinggan mangkuk yang berwarna putih. Memang terasa, macam kat kedai cina. Dihidang kan dengan green tea dan kacang, sebagai pembuka selera.
Iyelah ada sesetengah orang nak buka kedai memerlukan banyak belanja. Bukan nya apa, hiasan dalaman nya melampau dari rasa masakan. Itu yang aku tak paham. Bila aku masuk kedai ni, aku tak lah expect masakan nya sedap. But hiasan dalaman nya membuat kan aku terfikir, owner nya humble dan simple. Kadang2 bukan hiasan dalaman yang melampau dapat menarik minat orang datang makan, tetapi masakan dan service. Semua poster2 yang tergantung tu, ada maksud tersendiri. Walaupun tidak berbingkai , tetapi mata yang melihat tidak jemu.
Susah sebenar nya nak cari makanan yang sedap tetapi harga nya murah. Susah nak cari, hiasan dalaman nya cantik tetapi masakan nya sedap. Aku rasa sekadar sedap mata memandang sudah memadai. Tak payahlah nak berhabis beribu-ribu untuk hiasan dalaman hanya untuk menjaga standart, tapi masakan n service hampeh.
So, kepada sesiapa yang berminat nak buka restorant tu, timbang2 kan lah.
October 31, 2008
Cheng Ho Islamic Seafood Restaurants
Labels:
Place to eat
October 14, 2008
October 6, 2008
Bila Takbir Bergema
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar........
Takbir memecah keheningan malam itu. Seronok rasanya ingin menyambut syawal ....walaupun hati sedikit sayu. Kat kpg aku, masih lagi amal kan bertakbir dari rumah kerumah. Seronok. Di kl ni masih ke ada orang mengamalkan lagi? Iyelah, nak takbir ke rumah cam ne, dah ramai pulang ke kpg. Di kpg, orang tua2 lah yang sibuk menyiapkan segalanya. Seronok ingin menyambut anak cucu pulang. Masa ku akan sampai nanti, insyahallah. Raya tahun ni aku demam pulak. Bukan setakat demam je, batuk, selsema semua ada. Tak syok lah raya. Badan terasa penat je. Tak berjalan pun ke mana2. Tunggu je saudara mara datang ke rumah. Seperti tahun-tahun sebelum nya, rumah ku memang menjadi tumpuan. Sampai ke pagi pun masih belum boleh tutup pintu. Seronok! Penat tu memang lah, tapi bukannya selalu. Orang yang datang tu pun sebahagian dari rezeki, so kenapa nak tolak kan?
Raya kedua pulak buat barbecue. Iyelah masih ade lagi saudara yang bakal berkunjung. Anak2 buah aku lah kena buat keje tahun ni. Semua nya dah besar2. Dah boleh diharap. Aku jadi tukang suruh je. Hahahaa. Malam tu mereka main bunga api. Itu lah yang dinanti-nanti sebenar nya. Entah mercun apa, aku pun tak tahu. banyak sangat. Aku memang tak suka dengan mercun segala bagai ni. Memekak je. Sakit telinga. Takut pun ye sebenarnya. hahaha
Tahun ni seminggu aku kat kpg. Tapi masih tak puas. Iyelah, macam mane pun itu tetap rumah kita. Seronok berkumpul ramai2. Bukan selalu dapat begitu. Aku memang menghargai setiap detik bersama keluarga aku. Aku harap bila anak2 aku dah besar pun, mereka akan bersikap demikian. Aku ni bukanya jenis yang kenal sangat saudara, but bila dah berjumpa tu memang lah mesra. Iyelah dah kata saudarakan. Bagi mereka yang tak suka bergaul tu, elak2 kan lah sikap sedemikian. Tak baik.Raya ni setahun sekali je. Saling bermaaf-maafan tu kan amalan mulia. Bertegur sapa dan beramah mesra. Bukan nya susah.
Labels:
Raya
Subscribe to:
Posts (Atom)







































