October 6, 2008

Bila Takbir Bergema





Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar........
Takbir memecah keheningan malam itu. Seronok rasanya ingin menyambut syawal ....walaupun hati sedikit sayu. Kat kpg aku, masih lagi amal kan bertakbir dari rumah kerumah. Seronok. Di kl ni masih ke ada orang mengamalkan lagi? Iyelah, nak takbir ke rumah cam ne, dah ramai pulang ke kpg. Di kpg, orang tua2 lah yang sibuk menyiapkan segalanya. Seronok ingin menyambut anak cucu pulang. Masa ku akan sampai nanti, insyahallah. Raya tahun ni aku demam pulak. Bukan setakat demam je, batuk, selsema semua ada. Tak syok lah raya. Badan terasa penat je. Tak berjalan pun ke mana2. Tunggu je saudara mara datang ke rumah. Seperti tahun-tahun sebelum nya, rumah ku memang menjadi tumpuan. Sampai ke pagi pun masih belum boleh tutup pintu. Seronok! Penat tu memang lah, tapi bukannya selalu. Orang yang datang tu pun sebahagian dari rezeki, so kenapa nak tolak kan?
Raya kedua pulak buat barbecue. Iyelah masih ade lagi saudara yang bakal berkunjung. Anak2 buah aku lah kena buat keje tahun ni. Semua nya dah besar2. Dah boleh diharap. Aku jadi tukang suruh je. Hahahaa. Malam tu mereka main bunga api. Itu lah yang dinanti-nanti sebenar nya. Entah mercun apa, aku pun tak tahu. banyak sangat. Aku memang tak suka dengan mercun segala bagai ni. Memekak je. Sakit telinga. Takut pun ye sebenarnya. hahaha
Tahun ni seminggu aku kat kpg. Tapi masih tak puas. Iyelah, macam mane pun itu tetap rumah kita. Seronok berkumpul ramai2. Bukan selalu dapat begitu. Aku memang menghargai setiap detik bersama keluarga aku. Aku harap bila anak2 aku dah besar pun, mereka akan bersikap demikian. Aku ni bukanya jenis yang kenal sangat saudara, but bila dah berjumpa tu memang lah mesra. Iyelah dah kata saudarakan. Bagi mereka yang tak suka bergaul tu, elak2 kan lah sikap sedemikian. Tak baik.Raya ni setahun sekali je. Saling bermaaf-maafan tu kan amalan mulia. Bertegur sapa dan beramah mesra. Bukan nya susah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...