May 27, 2011

~ Aku di Larang Kembali ~



"eh.... ermm.... macam kenal!" 
"eh... zul kan?" 
" kak maya? " 
"ye lah..sape lagi. muka kamu masih sama ye. masih cute lah."
"ish.... akak ni.... mane ade. buat ape kat sini?"
"keje lah. u buat pe?'
" i teman kawan ni. i belajar area sini gak.. "
" oh ye! eh.. i tak boleh lama ni. ni card i. call me ok. nanti kite gi minum ke. boleh borak lama sikit."
" ok..ok..."


sejak dari kejadian itu aku hanya mampu tersenyum. Dan sejak dari hari itu jugak lah, semua memori dulu mengetuk hati ini. Kenangan silih berganti. Semakin hari, aku semakin gembira menanti panggilan dari nya. arrrrghhh!! Benci!! sungguh bodoh perasaan itu, atau aku kah yang ....arghhh lupa kan..lupakan. jangan dikenang cerita lama. 


" lama nya kite tak jumpa kan?"
" yap... sekarang ni u buat ape?"

bermula dengan soalan-soalan dan cerita-cerita kasual... sehingga lah terimbas kembali kenangan. Kenangan yang sedikit sebanyak membuat kan hati ini terguris. Terasa sendiri.... terperasan jugak sendiri. Semakin hari, kami semakin rapat. Semua nya aku ingin kongsi bersama nya. Semua cerita ingin ku cerita kan. Kami sering bertemu. Apa sahaja yang memboleh kan kami rapat..akan ku lakukan. Ada sahaja cerita...ada sahaja gelak tawa nya. Senyuman itu membuat kan hati ini gundah gulana. 

"ermmm, u ni still single ke?"

terpacul jugak soalan itu. Pada mula nya aku agak keberatan, tetapi hati sedikit menjerit untuk bertanya. Perasaan sangat lah berbelah bagi, tapi apa kan daya hati ini mahu kan jawapan. 


" single lah. malas nak pikir ni semua." dia hanya tersenyum. 
" alah, kalau sekali dua gagal bercinta tu biasa." 
" ermm, tu yang malas tu u. penat dah. "
" eh.. bukan u dulu romeo ke kat sekolah. "
" ish... mane ade.... " di iringi dengan ketawa. aku hanya tersenyum. 


Dari gurauan sedemikian. kami sekali lagi terpaut. sekali lagi..aku rela hati ini dimiliki. sekali lagi aku merelakan hati ini terisi. sekali lagi aku bermain dengan kata-kata. Sekali lagi, aku membenarkan perasaan ini. Sekali lagi aku melupakan apa yang terjadi. Dengan harapan kali ini, ia akan berubah. Dengan harapan ia, akan berbeza. Dengan harapan bahawa aku akan kekal dalam hati nya. Bukan sebagai pengganti...tapi sebagai penyeri. 


Dalam sedar ..kami semakin rapat sehingga kan. panggilan pun sudah berubah. Dari i u..ke sayang sayang. sungguh indah bukan. Itu yang ku iginkan. Saban hari hanya dia yang ku tunggu. Hanya dia yang ku nanti. Biar lah orang berkata aku perasan pun. Tapi itu yang nyata buat masa ini. Semakin berputik kasih itu. Semakin tebal kerinduan ini. Aku tersenyum. Bukan kerna aku berjaya memiliki pingat atau piala. tapi kali ini aku yakin hati nya milik ku! 


"u... i ade kenal dengan sorang perempuan ni. "
"oh ye? " hati ku sedikit tersentak. tapi ku biarkan sahaja. Ingin ku dengar bait-bait seterus nya. 
"i... macam dah suka kat dia lah. tapi tak tahulah kan macam mane? "
"ooo. dia suka kat u tak?" 
"entah lah u...mungkin!" dia tersenyum. kali ini penuh bermakna. senyuman itu ku balas. 


Hati ku sedikit tersentak. Perasaan silih berganti. Pernah ku rasa perasaan itu tapi..... ingin sahaja ku buang ia jauh-jauh. tapi semakin ia mengetuk pintu hati, kali ini begitu kuat. Aku tersentak lagi. Luka lama berdarah kembali! tapi kali ni semakin dalam. Plaster besar mana pun tidak bisa menutup nya. Arghhhhhh 


" i ... rasa happy lah dengan dia. dia baik..."
" bagus lah kalau macam tu. itu yang penting kan."
" ya... bukan senang nak cari yang paham kita kan u... ?"
" betul tu. nak cari yang sayang kita pun susah kan!"


Aku ingat ia hanya lah setakat skandal mu...tapi ku silap..kerna kau betul2 menyintai dia. kali ini ku tewas.......tewas tanpa perlu bertarung. tewas tanpa mencuba.... tewas ku kali ni sangat besar...tapi dalam pada itu aku bahagia... bahagia melihat engkau bersama dia. dari jauh ku panjat kan doa agar kamu bahagia. dari jauh ku berharap...agar kau tidak pernah berubah. berharap.... agar masih ade lagi sisa2 cinta antara kita yang bakal ku bawak pergi. biar lah ku bingkai kan ia menjadi.... kenangan ku yang terindah. 


Kini ku sedar, kini ku tahu. Rupa nya aku hanya lah tempat persinggahan untuk kau menerus kan perjalanan. Silap ku jua kerna tidak berterus terang akan perasaan ini. Silap ku jua kerna merelakan apa yang terjadi. Silap ku jua kerna, memberi harapan pada yang tidak mengharap. Kali ini ku akur, AKU DILARANG KEMBALI...walaupun dalam mimpi. 




~ jika kita menyintai seseorang, luah kan lah perasaan itu. sampai kan lah hasrat di hati, kerna hanya dengan berbuat demikian...kita mendapat kepastian. Dan jika, cinta mu di tolak, masih ade ruang lain yang bisa engkau terokai. bersabar lah sayang. Sesungguh nya cinta sejati sukar di cari ~




p/s - setelah sekian lama berkarat ini kapala...dapat juga ku finiskan ini cerita. walaupun sekerat cuma..harap dapat mengasah bakat yang sudah i tinggal kan sekian lama. cehh, ayat x blh blar kan.... hehehe. layan ekk.  pisss : ) 




xoxo  




















2 comments:

ADLIL RAJIAH said...

perghhhhh memang layannnn habis! :D

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

love said...

hehehe... :) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...