April 8, 2011

:: Telur pun boleh Tiruan ekk

..ish..bahaya kan ni semua. semalam dengar berita cam tak caya je. But percaya lah. Lah ni semua bende boleh buat kan. Tak pasal2...ade yang i tak makan telur ni kang...adehhhh.....
Dah lah telur pun cam sangat penting dalam ini rumah...huhuhu
cam ne nak tau tipu ke betul...cer citer..cer citer....


....mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Cara mengenal telur tiruan:
- Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
- Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
- Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
- Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
- Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
- Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
- Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
- Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
- Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
- Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
boleh klik sini gak 
Hah...sekarang dah tau kan. Lebih berhati- hati ye. Jangan main bedal je. Lepas ni belek satu2 telur tu. Kalau beli 1 tray - 30 biji...semua kasi tenung ok!!! 

xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...