August 23, 2009

Ramadan Datang Lagi

Sekejap je kan dah masuk bulan Ramadan. Last ramadan aku tengah pregnantkan Aiden. Memang tak larat...letih. Tahun ni kira first time lah dia sambut Ramadan. Seronok rasa nya. Terasa complete hidup aku. Bila Ramadan je..aku mesti teringat arwah ayah. Kasih yang tak berbelah bagi. Aku miss everything yang dia buat n say. Seronok kalau posa ngan ayah aku. Dia jenis yang pemakan..so dia akan suruh my mom masak ni lah tu lah... tapi tak lah sampai membazir. Dia nya favourite kopi'o halia. Sampai lah ni aku still lagi minum air favourite dia tu. Sebak sebenarnya aku nak citer pasal ayahanda aku ni. Dah genap 8 tahun dah aku sambut Ramadan sebagai anak yatim. Hanya orang yang melaluinya je yang faham cam ne aku rasa. Selama ni pun aku tak pernah rasa dia dah meninggal kan aku...aku anggap dia gi holiday n one day dia akan balik..Mungkin sesetengah orang akan anggap aku ni tak menerima takdir...Bukan aku tak merelakan pemergian dia..but i'm trying. Tapi aku di gantikan dengan father in law yang baik.Yang sporting cam ayah aku. Aku rasa bertuah sebenarnya. Betul lah apa orang kata...setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang hilang akan digantikan. First posa aku balik melaka. Berbuka ngan my mom n sis. Seronok kan buka kat kampung ni..lebih2 mom kita yang masak. Lagi lah berselera. Aku tak stay lama. Sabtu petang sampai..ahad petang dah balik kl. Takut sangkut dalam kesesakan jalanraya. Masa balik Melaka tu pun dah jam giller. Sempat lah aku gi umah kawan aku mama eita. Sempat share2 story. Kira terubat lah ridu aku kat dia. Raya ni aku jumpa kau ye. Aku datang umah..hihihi Bila cakap je bulan Ramadan ni..kat mane2 ade je orang meniaga. Seronok tengok orang niaga. Macam2 jenis juadah ada. Tapi ada juga yang main jual je..rasa entah apa2. Tak ikhlas betul. Dalam nak mencari duit tu, kena lah juga menjaga kualiti makanan tu. Supaya tahun depan ade lah orang datang membeli lagi. Dah lah penat nak menceceh..Kepada semua Selamat Menyambut Ramadan. Lalui lah Ramadan ini dengan penuh berkat dan kesabaran. Semoga kita dapat segala kebaikannya. Amin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...