September 24, 2008

Ramadan datang lagi....

Ramadan sekali lagi mengetuk pintu hati kita. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan nya tersendiri. Bak kata pepatah....Tidak sama jika ingin dibandingkan dengan 1000 bulan. Betul tu. Bulan Ramadan ni lah bulan yang paling aku suka, bukan sebab nak raya. Tapi keadaan orang-orangnya dlm bulan ni. Tak tahu lah kalau ada org yg perasan. Manusia bersifat sepatutnya. Semua org, berbaik-baik sesama nya. Jiran tetangga bertegur sapa. Juadah bertukar tangan. Masjid-masjid dan surau-surau di seluruh pelesuk, dipenuhi umat nya bagi menjalankan kewajipan. Kenapa ya?,Kenapa hanya bulan ini je ramai manusia membanjiri rumah-rumah Allah ? Soalan itu sering ku tanya. Tapi jawapan nya aku masih lagi gagal perolehi. Adakah manusia hanya membuat kebaikan di bulan ini kerana pahala nya ke? Atau adakah kerana nikmat Ramadan itu sendiri? Entah, aku pun sometime confuse. Tapi ada juga manusia yang berperangai seperti dahulu nya. Iyalah tak puasa dan yang paling memalukan makan di waktu siang, tanpa memikirkan orang yang berpuasa. Dan ada kes berat ni, beli makanan di kedai yang tak tahu sah halal haram nya. Pelik kan. bagi aku lah, kalau dah lapar sangat, makan je lah maggi kat rumah tu. Kenapa mesti nak memalukan diri sendiri, apabila dah kena tangkap. Yang paling menyedihkan, yang kena tangkap tu umur dah separuh abad....masih tak sedar-sedar lagi. Sungguh memalukan. Apalah nak jadi ya. Aku doakan semoga orang-orang ini mendapat kesedaran di satu masa nanti. Amin Cakap pasal makan, Bazar2 Ramadan....memang banyak sngt. Tapi sedap atau tidak je juadah yang di jual tu. Tahun ni aku kurang menerokai Bazar-bazar Ramadan ni. Tak larat. Punya lah ramai orang. Setiap tahun, peniaga2 bertambah. Semakin ramai orang yang berlumba-lumba ingin mencari rezeki di bulan Ramadan ni. Seronok aku tengok. Ramai juga orang yang suka membeli. Iyelah, ramai orang yang sibuk bekerja. Beli je senang. Tak menggunakan banyak masa. Tapi satu nasihat aku kepada para penjual tu, make sure makanan yang kita jual tu bersih dan kalau boleh sedap. So, ramai lah orang datang kedai kita. Ni tidak, ada tu yang alah kadar je, makanan nye. Aku yang terasa segan. Iyelah, tak ke rasa bersalah...kalau apa yang kita masak tu tak sedap atau tak bersih. Kan duit orang yang kita ambil. Aku kalau try sekali tak sedap, sorry lah sampai bila2 pun aku tak gi kedai tu. Tapi kalau sedap gilerr...memang itu lah yg aku cari walaupun dah berpindah. Macam tu lah kalau nak berniaga. Kena jujur. Bukan saja jujur dalam harga, tapi dalam masakan juga. Some people tak kisah pun pasal tu, yang penting untung nya berlipat kali ganda. Ingat, mencari rezeki bukan nya senang, so beringat-ingat lah wahai para peniaga dan pembeli. Bulan posa ni gak apa yang paling aku suka cerita Upin&Ipin kat TV9 tu. Kelakar dan membawa banyak maksud tersendiri. Family aku semua suka tengok, xpecially Ashaff. Pandai kan orang yang create cerita tu. Memberi kita kesedaran melalui kanak-kanak sahaja.Tapi tu lah, sekejap sangat mase tayangan nya. Kepada sesiapa yang belum tengok lagi. Tengok dan renung2 kan lah. Lagi beberapa hari lagi, bulan Ramadan ni akan meninggal kan kita. Sayu rasa nya. Bukan tidak mahu menyambut hari kemenangan tu. Tapi, bagi aku bulan ni tak de tolok banding nya. Nak tunggu, lama baru muncul. Kalau raya pun, first raya je lah yang best...yang lain tu kurang skit. Iyalah semakin usia meningkat ni, keseronokan itu semakin jauh ketinggalan. Kanak-kanak yang riang menyambut, boleh buat collection. Setiap kali bulan posa ni lah. Aku sering teringat arwah ayahanda ku. Kalau hari puasa yang pertama tu semua anak2 kena balik kpg. Sambut puasa bersama2. Sekarang ni, dah tak de tradisi itu. Masing2 sibuk dengan tugas masing2. Kalau dulu, dia masih ada, dia lah orang yang paling sibuk sekali ingin menyambut puasa. Dia ke pasar, awal dari orang lain. Katanya nanti barang yang dia nak tu habis atau pun tak fresh. Ayah lah yang sibuk suruh mak aku masak itu dan ini. Kopi halia tu mesti. Biar panas badan kata nya. Dia lebih suka kalau mak aku masak, dari beli kat bazar. Katanya"Entah sedap..ke tak tu..." Arwah ayah aku memang cerewet pasal food, aku mengikut agak nya perangai dia. Kalau sebut pasal kuih raya pulak, kuih tart lah paling dia nye favourite. Dia akan bawak mak aku beli barang buat kuih seawal yang boleh. Aku rindu saat itu sebenar nya, tapi apakan daya Tuhan lebih sayang kan dia. Sekarang ni hanya gambar pengubat rindu. Hanya doa yang boleh ku panjatkan agar dia tergolong bersama orang-orang yang baik-baik. Amin. Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa,sayangi lah mereka seolah-olah tiada hari esok. Kerana kita tak sedar atau tak tahu, bertapa terseksanya diri bila meraka tiada. Kepada mereka yang ahli keluarga baru sahaja kembali ke rahmatullah, takziah dari aku dan bersabar lah. Sesungguh nya, Allah lebih mengetahui. Emo lak kan tetiba. Kepada semua raya dah nak dekat ni. Kalau yang belum beli baju raya tu jimat2lah. Kalau yang dah beli tu...cukup2 lah ..Barang sekarang dah mahal. Ingat2 lah ye...
Selamat Hari Raya & Maaf zahir Batin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...