July 29, 2008

Rahsia Hati

Adakah aku sukar untuk difahami? Adakah terlalu sukar bagi kau menyatakan "I'm sorry, sayang"? Kenapa aku jarang mendengar kau mengatakan "Thank you,dear.? Adakah kau malu untuk menggenggam jari ku apabila kau melihat riak ku berubah? Adakah terlalu payah untuk kau menyatakan "I love u ,babe"? Adakah kau segan untuk katakan "Ya, I like that" atau "May be u should try the blue one"? atau I really need that" ? Adakah terlalu sukar untuk kau memberi kucupan mesra tatkala mata bertentang?Adakah kau bisa merangkulku, apabila ku memintanya? Adakah terlalu sukar untuk kau memberi sedikit ruang untuk ku bernafas? Adakah aku tidak layak untuk itu? Atau ego yang kau sanjung....? Jika benar ego menguasai mu, hati ku terus berkata dan berharap bahawa kau memahami luahan ku. Bahawasanya......... Keegoan itu membuat ku tersepit di pertengahan. Keegoan itu membuat aku terhimpit. Keegoan itu membuat aku sukar ingin bernafas. Keegoan itu membuat aku terasa seperti di hunus sebilah pisau di antara jari manis ku . Keegoan itu membuatkan aku semakin ingin menjauhkan diri .Keegoan itu membuat kan aku seringkali bertanya "Siapa kah aku", " Adakah aku kurang hebat di mata kau?" Keegoan itu membuat aku sering ingin menjerit, menjerit dan menjerit....... Kasih sayang atau Cinta tidak menjamin kebahagiaan kita. Jangka waktu perkenalan yang terlalu lama tidak memberi "green light" dalam memahami kau atau aku. Persefahaman itu tidak memberi hak untuk mengadili siapa aku dan siapa kau. Tapi kepercayaan itu membuat kan ku hormat dan sedar betapa kau mengngagumi ku. Percaya lah....setiap yang aku lakukan aku tahu batasannya. Setiap yang aku ingin lakukan, aku mesti teringat akan kesannya terhadap kau atau aku. Aku tidak sebodoh yang kau sangkakan. Aku tidak seperti yang kau gambar kan. Aku masih sedar siapa aku. Aku masih percaya bahawa kau atau aku akan berubah, walaupun yang menjarakkan kita hanyalah senipis KEEGOAN......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...