May 28, 2008

Kenangan itu....

Peristiwa itu masih segar di fikiran ku…….seakan-akan ia baru semalam berlaku……aku pasrah….. aku tahu itu…..tapi aku masih tidak dapat melupakannya…..parit dan pedih hati ini masih terasa bahangnya…..aku akur dengan apa yang telah terjadi….aku percaya pada qada’ dan qadar….tapi jauh di sudut hati ini masih tersimpan rasa was-was itu…..entah kenapa….. orang kata aku masih di himpit kenangan lalu….. orang kata aku masih di bayangi oleh dia…..ya…..dia insan yang telah memusnahkan hidup ku…hidup yang ku tatang bagai minyak yang penuh…..hidup yang selalu ku impikan…..hidup yang ku sanggup korban kan segalanya…..

Salah aku kah kalau aku masih berteka-teki dengan hati ini? Salahkah aku jika selimut malam ku merupakan kenangan dengan si dia?Salahkah aku jika tawa ku hanya untuknya….?

Dengan berbekalkan sebakul takwa di dada….dengan sekelumit bahagia di hati….dengan secubit daya di akal…dengan segenggam sabar di dada…ku terus kan jua perjalanan ini….perit nya masih ku tanggung hingga kini….pedih nya bagai luka di jari….cuma parut nya tidak kelihatan…..sakitnya…

Kaki terus melangkah….longlai…lemah..tetapi teratur….aku tahu apa yang aku ingin kan…aku tahu kemana aku harus tuju…tapi aku masih tidak dapat melupakan kenangan lalu…ia membuat aku putus asa…membuat perjalanan ku terhenti seketika…..membuat aku termenung…temanggu….

Kenapa? Mengapa? persoalan itu sering menerjah di benak fikiran ini…persoalan itu kadang-kadang membuat aku kuat…persoalan itu membuat kan aku sedar di mana aku berdiri….

Musim berganti musim…..aku masih disini….aku tidak lagi menoleh kebelakang….aku akur dengan apa yang terjadi….sudah ku buang kenangan itu ke dalam Laut cina selatan…biar lah ia terus terkubur disana…Tidak mahu ku ingat..cuma aku ambil sekelumit kenangan itu untuk dijadikan pengajaran di masa hadapan…..

Aku wanita……wanita yang tidak gentar pada halangan…tidak goyang dengan dugaan….kepada teman…terima kasih ku ucapkan kerana banyak membantu ku…mengharungi ranjau kehidupan…mengajar apa itu hidup….aku akur…aku redha dengan apa yang terjadi….

Buat apa nak peningkan kepala memikir kan orang yang tidak sudi….buat apa menyintai dia tatkala…dia bukan disini…buat apa mengasihani dia…yang sememangnya bukan untuk ku….

Aku memahami sesuatu…jika kita menyayangi seseorang….biarlah dia hidup bahagia, biarlah dia tersenyum gembira…..biar lah dia merasa nikmat cinta….melepaskan bukan bermakna kecewa….menyayangi bukan bermakna bersama……

Untuk dia ku doakan semoga bahagia…kerana aku jua bahagia….menanti cinta dari sang kekasih…..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...